Tuesday 30 June 2015

Shaklee Lintas,Kota Kinabalu;Diabetes dan kesan buruknya

Beberapa bulan yang lalu,saya dikejutkan dengan berita buruk. Seorang saudara jauh dimasukkan di ICU akibat paras gula yang amat tinggi!  Beliau kemudiaannya dipanggil Tuhan keesokan harinya akibat kegagalan jantung dan buah pinggang. Semoga Tuhan memberkati rohnya.
Ibu saya sendiri juga penghidap diabetes,paras gulanya pernah mencecah 28mmol/g! Kesannya, ibu saya terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan bateri di jantungnya (pace maker) . Semua itu kesan dari penurunan dan kenaikan paras gula yang tidak terkawal. Kini ibu saya mengambil insulin untuk mengawal paras gulanya.

APA ITU KENCING MANIS @ DIABETES? 

 Penyakit kencing manis merupakan sejenis penyakit di mana paras glukos atau gula yang berlebihan ada di dalam tubuh pesakit, terutamanya selepas pengambilan makanan. Secara umumnya,penyakit kencing manis dikategorikan kepada dua jenis. 

A.Jenis pertama (1)

Ia juga dikenali sebagaidiabetes berdasarkan insulin IDDM (Insulin Dependant Diabetes Mellitus ). Penyakit kencing manis Jenis 1 ini dicirikan dengan kegagalan kalenjar pankreas untuk menghasilkan insulin. Biasanya, penghidap diabetes Jenis 1 mula mendapat simptom penyakit semasa kanak- kanak atau awal remaja. Pesakit biasanya memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap glukos darah. 

B.Jenis Kedua (ll)

Boleh disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan di dalam tubuh. Diabetes Jenis (ll) masih boleh dikawal dengan cara pemantauan dalam pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan mengambil ubat secara oral kerana badan masih mempunyai sedikit sebanyak insulin daripada pankreas.  Walau bagaimanapun, suntikan insulin masih diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara oral kurang berkesan atau memberi kesan sampingan kepada pesakit. 

CIRI-CIRI DAN KOMPLIKASI 

Pesakit yang menghidap kencing manis perlu tahu akan simptom-simptom dan keadaan yang boleh berlaku ke atas mereka. Perkara ini amat penting bagi membantu mereka mengawal penyakit ini dengan baik.

Mereka harus sedar bahawa sebarang luka atau kecederaan yang dialami adalah berisiko untuk lewat pulih.Sekiranya kandungan gula dalam tubuh langsung tidak dikawal, luka kecil yang dialami akan mengalami proses penyembuhan yang lambat dan berisiko untuk mendapat jangkitan. 

Pesakit kencing manis yang tidak terkawal dan disertai dengan masalah darah tinggi (hypertension ) juga akan menyebabkan kegagalan jantung serta kerosakan buah pinggang. 

Adalah penting untuk setiap pesakit ,menjaga pemakanan, mengikut nasihat doktor dalam pengambilan ubat- ubatan.

***Untuk konsultasi percuma produk kesihatan Shaklee, boleh menghubungi saya di telegram atau whatsapp -011-14140696. Penghantaran percuma sekitar kawasan Lintas, Luyang, Damai dan Lido. Pos laju seluruh Malaysia.